NurAinAzaharSharif
Welcome!



Assalamu'alaikum , Annyeonghaseyo . I'm NurAinAzaharSharif , that's my online diary ;D Daisypath Happy Birthday tickers

Diary About Friends


Kata Hati!


ALLAH is always there with us, whether we are sad or happy and ALLAH never frustrating his followers. Remember that!


Status Saya

Alhamdulillah syukur yaa ALLAH :)


Cop Mohor!




8 cara mengenalpasti lelaki penyayang

1) Suka Haiwan


Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.


alhamdulillah dia ada sifat nie :)

2) Suka Kanak-Kanak

Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.
alhamdulillah yang nie pon ada pada dia...sangat terserlah sifat kebapaan yang ada pada dia :)

3) Berat Akan Orang Tua

Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.
alhamdulillah ada...sampai ada yang siap nak buat menantu ! wahhh hihi :D

4) Berat Akan Adik-Adik

kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang
alhamdulillah...nie jugak ada...dia sanggup berkorban untuk adik-adik dia...walaupon kadang-kadang adik dia degil...budak-budak kan biasa la degil :) sabar ye sayang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.
alhamdulillah...sangat prihatin...tengah call ngan awek nie member dia tanya soalan member dia dulu dia jawab...soalan awek dia tanya dia tak dengar...hai sabar je laa :I

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati
alhamdulillah ada...inilah sifat yang buat aku sayang sangat dekat dia...i hope you are my mr rignt sayang :D cepat amin kan hihi

7) Susah Marah

Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..
alhamdulillah ada...orangnye sangat penyabar...even aku marah dia , dia balas marah aku cuma dengan nasihat aku...sifat dia nie buat aku sedar bahawa marah itu bukan penyelesaian masalah...terima kasih sayang :D


8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.


alhamdulillah ada...dia nie bukan setakat senyum je...ketawa sekali...jarang la nak tengok dia buat muka ketat macam tertelan budu sebotol...hehe

terima kasih sayang...awak banyak ajar saya erti kesabaran...erti kehidupan...walaupon awak cuma orang biasa tetapi awak tetap istimewa dalam hati saya...saya sayang awak...hopefully suatu hari nanti dengan izinNYA saya dan awak akan disatukan dengan ikatan yang sah dan diredhai allah dan keluarga kita...ameen...

i love u <3

All Copyright Reserved by NurAinAzaharSharif